Tuesday 29 January 2013

lapisan kalis lembab(water proofing)


Pengenalan
Kerosakan dan kecacatan binaan bangunan boleh menimbulkan pelbagai implikasi dan kesan negatif kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pengguna, malah akan memburukkan pandangan dan nilai estetika sesebuah bangunan.
Sepatutnya masalah kerosakan dan kecacatan binaan ini tidak timbul sekiranya setiap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas memainkan peranan dan tindakan yang sewajarnya. Punca kerosakan dan kecacatan binaan seharusnya diketahui sehingga ke akar umbi, bagi memudahkan kerja-kerja pencegahan dan perancangan yang sewajarnya dilakukan bagi mengurangkan risiko kerosakan dan kecacatan. Kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan dan kecacatan binaan juga seharusnya dilakukan dengan segera bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah lain.
Kelembapan sering berlaku pada tembok, lantai dan siling dalam bangunan.sifat ini mengakibatkan permukaan itu bertompok-tompok basah dan berada dalam keadaan lembab, suasana seperti ini akan menimbulkan keadaan yang kurang selamat
Kalis lembab(water prof)adalah sesuatu yang menggambarkan sifat yang tidak terpengaruh dengan air atau bersifat mengalirkan air melalui permukaanya,lapisan kalis lembab(water proffing) pula bermaksud satu prosuder yang dijalankan untuk membuat sesuatu bahagian menjadi tahan atau kalis daripada air.
Sesebuah bangunan biasanye mengunakan lapisan kalis lembab untuk melindungi dan menjaga ketahanan struktur bangunan tersebut, dan kawasan yang biasanya mengunakan lapisan kalis lembab ini adalah di ruangan basement,atap dan kawasan berair seperti tandas,bilik mandi dan dapur,jika kawasan yang dinyata tidak dilindungi dengan lapisan kalis lembab risiko untuk bangunan mengalami kerosakan amat tinggi
Definasi
Kelembapan
Malaysia ialah sebuah negara yang mengalami iklim panas-lembap tropika sepanjang tahun. Keadaan basah dan lembap dalam binaan bangunan merupakan salah satu masalah yang umum dan tidak dapat dihindarkan. Namun begitu kadar kerosakan dan kecacatan yang diakibatkan oleh lembapan boleh dikurangkan.
Apabila hujan mengenai permukaan dinding telap, ia akan diserap masuk ke dalam dinding oleh sedutan kapilari dan nilai serapan kebiasaannya bergantung kepada keamatan hujan dan kualiti serapan.                 
 tekanan angin yang kuat amat mudah memasukkan air menerusi rekahan di permukaan dinding, terutama sekali sekiranya sedutan kapilari yang aktir berada di dalam rekahan. Tekanan angin sahaja mampu memasukkan air menerusi rekahan selebar 0.01mm.
Kerosakan dan kecacatan pada dinding boleh terjadi disebabkan lembapan dan tanda-tanda awal kerosakan ini ialah dengan terdapatnya tompok-tompok berwarna pada dinding.

Faktor penyebab keadaan lembab
terdapat banyak faktor atau punca berlakunya keadaan basah dan lembap di bangunan. Berikut ialah beberapa faktor utama penyebab keadaan basah:
1.    Simbahan dan perembesan air hujan menerusi dinding dan bumbung.
2.   Kemasukan air hujan menerusi rekahan tingkap.
3.   Kondensasi pada permukaan dalam bangunan yang terbentuk daripada wap air yang sedia ada dalam bangunan.
4.   Perpindahan air dari tanah menerusi lantai dan terus ke dinding.

Kesan terhadap keadaan lembab
Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada penghuninya.di antara kesan-kesan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

1.    Besi yang digunakan akan berkarat.
2.    Lepa pada tembok, siling akan menjadi lembut dan tanggal.
3.    Kemasan lantai akan tanggal dari dasarnya.
4.    Bahagian yang diperbuat daripada kayu akan reput.
5.    Cat menggelupas dan tanggal.
6.    Permukaan bata menjadi kotor dan kadang-kadang berlumut.
7.    Pemasangan dawai elektrik menjadi rosak.
8.    Suasana tidak sihat untuk kediaman.

Sesetengah pengkaji pula menyatakan kesan keadaan basah dan lembab dalam sesebuah bangunan boleh mendatangkan kesan-kesan berikut.
1.    Menyebabkan nilai rintangan bahan-bahan binaan berkurangan.
2.    Menambahkan kondensasi dan ketidakselesaan.
3.    Punca utama kerosakan estatik bahan binaan termasuklah peroi oleh garam larutan khususnya kepada dinding telap, mengubah warna dan menanggalkan kemasan seumpama plaster dan cat.
4.    Punca kerosakan seperti perubahan sukatan atau dimensi, pereputan bahan-bahan kayu, pengaratan bahan-bahan besi, bahan gypsum menjadi lembut, penanggalan perekat penal-penal berlapis dan sebagainya.
5.    Keadaan basah juga menjadi asas serangan kulat dan lumut serta bau yang tidak menyenangkan       


Pengelupasan cat.
pengelupasan lapisan cat terjadi akibat daripada kehilangan daya lekatan antara lapisan cat dan permukaan asas. Daya ikatan cat kurang efektif pada permukaan yang tidak berongga, dan sedikit minyak kayu keras seperti kayu jati juga akan memberi masalah yang sama
Permukaan dinding yang berlumut serta lembap juga menjadi punca pengelupasan cat pada dinding. Lembapan dan lumut yang melekat pada dasar dinding akan melemahkan daya ikatan antara cat dan dinding, akibatnya cat akan tertanggal.
Seranggan kulat dan lumut.
Kulat dan lumut membiak melalui penyebaran spora ke udara. Dalam keadaan yang lembap dan kering spora mudah berterbangan ke udara dan tersebar di seluruh kawasan.

keadaan yang menggalakkan seperti tempat yang gelap dan tenang dengan kandungan lembapan kayu melebihi 20 peratus dan suhu sekitar 200c akan menggalakkan pembiakan fungus seperti serpula lacrymans. Pembiakan fungus ini berkesan pada kayu kering dengan lembapan 30 peratus atau lebih. Setelah bakteria mula menghasilkan filament yang di panggil hyphae, ia bertindak menutup permukaan pembiakannya dalam bentuk gebuan putih yang membesar atau lapisan yang dipanggil sebagai myceileum.

Hyphae boleh menembusi retakan di dalam bahan seperti lepaan, bata dan blok ini kerana hyphae itu tidak menghasilkan makanannya sendiri sehingga ia gagal menemui bahan kayu untuk keperluan kitaran hidupnya.

Cara mengatasi keadaan lembab pada bangunan.
Kelembapan dapat di cegah semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana kemungkinan besar kelembapan akan berlaku.  Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan daripada mengalir masuk.

Lapisan kalis lembab(water proffing)
Terdapat tiga jenis lapisan kalis lembab yang biasa digunakan iaitu:
-elastomeric waterproofing.
-cementitious waterproofing
-membrane water proofing.
 Setiap jenis lapisan kalis lembab mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri:

No comments:

Post a Comment